Tenaga Pengajar

Assalaamu'alaikum,

Nama saya Shafiq atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Fiq. Saya merupakan seorang pelukis komik, pelukis buku kanak-kanak, pelukis kartun majalah, pereka grafik bebas dan pelukis mural tadika yang berpengalaman lebih dari 4 tahun dalam bidang ini. Saya kini menetap di Bandar Baru Bangi. 

Sepertimana anak-anak anda, saya juga minat melukis semenjak di bangku sekolah lagi. Namun, tiada siapa antara kenalan rapat saya yang boleh membantu merealisasikan impian saya-iaitu mahu melihat karya saya tersusun di rak-rak kedai buku yang dikenali ramai seperti MPH, Kinokuniya dan Popular.

Sewaktu mula-mula menceburi bidang ini, saya perasan yang amat sukar untuk saya mendapatkan kepercayaan daripada editor dari mana-mana penerbitan berikutan mereka mempunyai penanda aras tersendiri dalam menentukan atau melantik pelukis komik, kartun mahupun pelukis buku kanak-kanak yang terbaik untuk manuskrip mereka kerana mereka memerlukan jenis lukisan tertentu untuk target audiens/pembaca yang khusus. Saya sendiri terkial-kial pada mulanya dalam mencari arah dan teknik lukisan yang "lulus-penerbitan". Akhirnya, saya mendapat formula yang betul dalam teknik lukisan yang pasti menjadi dambaan para penerbitan di Malaysia.

Formula rahsia ini hanya akan saya kongsikan kepada para pelajar saya. Kelas lukisan ini akan bermula pada Disember 2015 untuk tahun 2016. Jika anak anda pandai melukis kartun dan berimpian untuk menerbitakan karya sendiri, saya boleh tunjuk caranya! Hubungi saya di sini: contact








No comments:

Post a Comment